Friday, September 5, 2008

Err..err..hmmmm

Semalamkan menu bukak posa punyalah tak enak ya Rabbi kerana sidia masak. sidia telah memaksaku memakan bijiran dan sayursayuran dan roti supaya pencernaanku berjalan lebih lancar. Nasib baik ada sup penyelamat yg aku masak.
mental lu aku cakap. masa suapan terakhir tu, aku dah rasa segala kekacang tu diparas tengkuk aku dah.
Masalahnya, makanan yg dimasak semalam masih berlebihan. teramatlah cerahnya peluang untuk kami berbuka puasa menda yg sama. disaat getir macam ini, tak adakah sesiapa yg sudi menjemput kami berbuka puasa.
aku terpaksa berbicara didalam bahasa ibunda untuk menganyam ketupat kerana sidia sudah mengenalpasti ruangan penulisan ini dan sesungguhnya sungguh sukar untuk aku mengolah penulisan bahasa ibunda yg lebih santai kerana sidia sudah dapat memahaminya tanpa kesulitan dan tak pasai2 nanti aku jua yg merana

2 comments:

The Blueberry said...

Heheheeeee Puan Atah,

Kalau sudah tahu ia bakal meloyakan tekak kenapakah masih disuruh si dia itu menyediakan hidangan?

Bukankah sudah mengundang bencana namanya ini?

Tidakkah boleh Puan Atah pura-pura menumpahkan bahan yang tidak enak tersebut atau menghidangkannya kepada kucing peliharaan Puan Atah di kala si dia tiada di rumah?

Akak cun said...

Alahai puan shah, sidia yg cepat2 menguasai dapur tanpa sempat saya berbuat apa2. bayangkanlah sidia sudah berangan apa yg hendak dimasak sewaktu manusia melayan mimpi selepas sembahyang subuh. tak sampai hati saya untuk menghancurkan impiannya itu